Berita Kelahiran Cicit Pok Wo

Assalamualaikum semua,

Saya nak mengkhabarkan kelahiran cicit pokwo yang ke berapo doh.

Anak ke tiga kak yah lahir pada 15 September 2013 yang lepas.

Nanti gambar saya upload kemudian.

Nama anak Nur Aliya Alisha bt Yuzi

 

Kerinduan Pada Pok Wo

12 Ramadhan 1433 tahun ini maka genaplah setahun pemergian Pok Wo ke pangkuan Ilahi. Teringat kepada pok wo terasa sayu dan sedih. Banyak yang aku belajar daripada Pok Wo datukku. Semuga ruh Pok Wo di sisi roh orang-orang yang soleh.

Update Terkini

Assalamualaikum semua cucu-cicit Tok Asan Uban.

Apa khabar kalian semua?

Just nak share sedikit perkembangan kampung kat kuala balah.

Minggu lepas aku balik ke Kuala Balah nak tengok Mak (Mak Mah) selepas keluar daripada ward akibat terkena tulang ikan kat jari telunjuk kanan mengakibatkan kesan yang teruk.

Tapi alhamdulillah selepas dikeluarkan haritu dah ok setelah kena follow up kat klinik kuala balah.

Keadaan mek nampak macam keletihan sedikit.

Moksulah dah start buat bisnes jual tudung.

Nampak macam dah semakin maju.

Aku masih tak berkesempatan melawat kubur Pok Wo kat kampung selepas kali terakhir dulu.

Masih rasa terkilan kerana tak dapat siapkan sepenuhnya rumah Mok kat kampung.

Ya Allah permudahkanlah urusanku.

 

 

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Pok Wo

Salam Sejahtera semua.

Hari ini sudah hampir 5 bulan Pok Wo pergi meninggalkan kami semua. Namun kenangan dan cerita-cerita pok wo masih terngiang-ngiang di dalam ingatan kami semua. Maghilah kita sedekahkan al-Fatihah buat Pok Wo. Masih tengiang-ngiang kata-kata nasihat dari pok wo. Ya Allah tempatkanlah Pok Wo di kalangan orang-orang yang beriman.

Kelahiran Cicit PokWo Ke-6

Assalamualaikum,

Masih terasa pemergian Pok Wo. Hari ni hari yang ke-32 pemergian Pok Wo ke hadrat Allah SWT. Yang pergi akan diganti dengan yang hidup. Tanggal 28.Ogos.2011 bersamaan dengan 28.Ramadhan.1432H, lahirlah cicit pokwo melalui cucunya Siti Khairiyah yang diberi nama Muhd.Irfan. Saya sendiri belum melihatnya secara dekat. Apapun tahniah kepada kak Yah dan Abang Yuzi. Semuga cahaya mata yang kedua kalian menjadi pejuang Islam.

Semuga Allah Mencucuri Rahmat Kepada PokWo (1919* – 2011)

Inna lillah wa innalillahi raajiun

Pok Wo yang dikenali sebagai Hasan Uban telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.45 petang 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadhan 1432 di rumah Kuala Balah.

Gambar Cicit Pokwo

P9040054

Terkini Afnan….anak k.yah

P9120012

Terkini Fatih….anak Abe Amin

Kelahiran cucu ke 25

BazlanShahBAZLAN SYAH MOHD BAIJURI

Tahniah buat Ayah Mat dan Ciknah yang baru menimang cahaya mata ke-6 pada 1 Januari 2009.

Tahniah juga buat PokWo dan Mek yang  menimang cucu ke 25.

Kelahiran Bazlan Syah Mohd Baijuri menambahkan lagi bilangan keluarga kami.

Saya masih belum berkesempatan untuk menziarahi anggota baru keluarga besar kami ini.

InsyaAllah dalam bulan 3 ataupun bulan 4 kami akan menziarahi Bazlan Syah.

Kelahiran Cicit Ke-3

ASSALAMUALAIKUM

SEMALAM SAYA MENDAPAT BERITA GEMBIRA DARIPADA KAMPUNG.

KAK YAH TELAH SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY SEBERAT 3 KG DI HOSPITAL JELI, KELANTAN PADA JAM 6 PAGI 16/11/2008 BERSAMAAN 18 DZULKAEDAH 1429 HARI AHAD.

ALHAMDULILLAH, INSYALLAH DALAM MASA TERDEKAT SAYA DAN KELUARGA AKAN MENZIARAHI ANAK SAUDARA BARU KAMI.

TAHNIAH KEPADA POKWO DAN MEK SERTA AYAH DAN MAK.

TERIMA KASIH KEPADA MEK MENJAGA KAK YAH SEPANJANG DI HOSPITAL DAN WAKTU BERPANTANG!

NAMA AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN!

——————

ALHAMDULILLAH PETANG TADI SAYA TELAH MENDAPAT SMS DARIPADA SUAMI KAK YAH, YUZI. NAMA BABY MEREKA IALAH MUHAMMAD AFNAN. SEMOGA MEMBAWA BARAKAH KEPADA KAKYAH DAN YUZI.

SEHINGGA PETANG INI KAKYAH MASIH DITAHAN DI HOSPITAL JELI. ADA MASALAH SEDIKIT. SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR KAKYAH CEPAT SEHAT DAN DAPAT KELUAR SEGERA DARIPADA HOSPITAL.

—————————-

Gambar Afnan

Afnan sebelum cukur

Gambar lepas bercukur dengan mek

img_2302

Majlis Kawin Angah anak Poknik Darus

ALHAMDULILLAH

MAJLIS KAHWIN ANGAH ANAK POKNIK DARUS DI KELANTAN PADA 25/12/2008 DI PENGKALAN CHEPA.

WAFA ZINNIRAH

PUTERI SOLEHAH MUJAHIDAH UMMAH

Pendidikan Anak-Anak Mengikut Islam

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

inijalanku.wordpress.com

Baik Kawan Menunjuk Jalan