Catatan Penulis

19 JANUARI 2003
Alkisah diceritakan daripada datuk kepada penulis. Ayah kepada datuk iaitu Che Abu meninggal dunia semasa datuk kecil lagi. Daripada cerita Che Abu ialah anak kepada Raja Salim. Che Abu merupakan saudara kepada 7 beradik yang tinggal di Perak. Diadakan selepas itu 7 bersaudara berperang dengan Raja Perak kerana hal-hal tanah. Maka berlarilah Raja Salim ke kelantan. Daripada cerita datuk Saudaranya masih ada di Kota Lama, Perak. Hasil perkongsian Che Abu dengan Mek Renek lahirlah 8 orang anak iaitu Mek Tih, Awang, Che Ye, Daud, Jariyah, Bidah, Che Mat dan datuk (Che Hasan) Setakat ini diceritakan bahawa Mek Tih ada anaknya di dabong (ibrahim) tukang kayu hitam. Cerita lain mengatakan Bidah kakak datuk hampir mati makan rebung buluh betung. Peringatan datuk pada keturunannya jangan makan buluh betung sebab yang nak berubat susoh nok cari.

29 MEI 2006
Lama betul aku tak balik kampung selepas daripada gred bulan 11 tahun lepas…Alhamdulillah 28 haribulan baru nie dapat juga berlepas ke kelantan. Banyak jugak dapat berborak-borak dengan datuk. Banyak jugak dapat bertukar-tukar pandangan dengan datuk….Fuh…puas hatilah jugak,…..

Atok ada cerita pasal untuk detect waris dia kat Kota Lama, Perak…dia suruh tanya yang bernama Tengku Muda ataupun Raja Salim. Nok titih warah yang ada kat sana.
Dok tahu bilo buleh aku gi cari titih warah yang masih ado kat situ. Cerita tok lagi ado seorang pak saudara dia yang dah meninggal, dulunya seorang penghulu yang begitu baik menjaga anak buah kampungnya kat batu melintang, namo dio Tok Gawa Hitam.

*Satu lagi menjadi adat kebiasaan orang dulu-dulu yang mengira-mengira usul/asas yang kuat dalam kejadian seseorang melalui bilangan kelahiran. Melalui kiraan tanah, air, api dan angin. Kiraan ini dimulakan semula jika kelahiran orang anak itu ke-5 dan ke atas. Ada pelbagi sifat-sifat yang diwakili oleh tanah, air, api dan angin yang mana jika berkahwin antara sifat api dan tanah maka ada keseimbangan. Ini disebabkan yang bersifat api sentiasa membakar tapi sifat tanah ialah tetap.* [just cerita sahaja-sebab melalui Rasulullah SAW yang paling utama dinikahi ialah wanita yang beriman].

Maso aku berborak ngan atuk jugok atuk memang suko berbincang pasal ugama nie. Syok jugok sebab tu kiroline aku jugok. Terkejut jugok aku bilo pok wo ghoyat dio buleh bangun malam semaye tahajjud…alhamdulillah begitulah berkat orang yang suko dengar mengaji kat surau atau kat madrasah.

Setelah berborak dengan nenek pulak aku dapat tahu yang waktu kecil dulu, mok tengohlah yang gi ambik aku di serendah, kerana waktu tu mek keno jago abe we dan jugo kak yah yang kecik lagi time tu. Waktu tu mok tengoh nge pok wo yang gi ambik aku di serendah.

3 MAY 2006
Masa nie aku ada tambah-tambah sket dengan lampiran salahsilah, diharap semua boleh tahu masing-masing punya hubungan. Aku jangka dalm 10 tahun nie..masing-masing dah mula jauh. Start aku keje nie pun dah mula rasa sibuk. Kalau dah kahwin pun dah tak tahu macamanalah nanti.

Agak-agak dengan membina laman web nie dapatlah korang semua anak-beranak tahu bahawa sebenarnya kita nie ada hubungan. Tepuh tepi jale tok ke tok tahu. Tok kenal ore. Kenolah belaja banyok-banyok sket.

Aku rasa macam nak adakan satu pertemuan besar-besaranlah untuk ahli keluarga kita di rumoh datuk untuk Family day satu hari ke kalu buleh coz masoloh banyok boleh selesai dengan pertemuan ini. Aku cadang pok nik darus jadi ketua untuk handle perjumpaan tu.

Aku nok buat cadange jugok ko pok wo untuk hari rayo tahun nie…biar panggil semua biar pok wo bagi ucape…semua biar mitok maaf denge dio dan pok wo bleh mitok maaf denge semua…aku harap sempatlah buat projek mega nie yang hamper mencecah jutaan ringgit…he…he….harap2 pok wo support akulah….

18 OKTOBER 2006
Setakat hari nie yang aku kira datok dah mempunyai seramai 23 orang cucu. Sementara nenek sendiri mempunyai 23 cucu dengan datok dan seramai 9 orang cucu dengan perkahwinan pertama melalui anaknya Remli(Usop). Aku biasa panggil pakcik usop saja. Kiranya penulis rapat dengan hubungan dengan keluarga pakcik usop kerana rumahnya berdekatan dengan tempat pengajian penulis. Waktu sedang tulis sekarang nie aku tengah plan nak balik kampung menyambut hari raya ngan family kat kampung. Planya hari raya kedua aku buat aqiqah kerana kecil dulu belum buat lagi.

30 OKTOBER 2006
Aku baru balik dari kelantan. Musafir aku kali ini agak panjang dan lama. Mula-mula perjalanan ku yang terdekat ke rumah pak saudara aku kat puchong batu 14. Seterusnya ke kluang johor. Perjalanan aku teruskan ke kota bharu ke rumah pak saudaraku Che Darus. Balik kampung buat aqiqoh pada hari raya kedua. Alhamdulillah…kali nie abang wan balik beraya sekali kat kampung. Cuma mat due aje yang tak balik. Lepas tu kami sempat buat satay pada hari raya yang ketiga. Tulah first time kami buat satay. Kendian aku bertolak ke rumah pak saudara aku Che Amat kat sg renyok. Hari jumaat aku bertolak ke kota bharu. Pi sekali lagi rumah pak nik darus pahtu ke rumah ayah kat pengkalan chepa kendian ke rumah pak cik aziz kat serendah dan rumah moksu zizah kat serendah. Penulis sempat bercerita dengan pok nik darus waktu banjir dulu-dulu. Waktu tu anak tok hanya dua orang iaitu che darus dan che halimah. Lari ko banjir naik atas belakang tok. Hari sabtu bertolak ke Johor hantar abang wan kat ulu tiram. Kendian balik semula ke Kluang. Esok pagi sambung musafir ke Puchong hantar kak yah, shikin dan mek nor (sepupu).

25 OKTOBER 2007

Pada tahun 2007 mencatatkan sejarah kepada keluarga kami. Sewaktu majlis bersejarah perkahwinan cucu datuk Siti Khairiyyah pada 16/10/07 dan Mohd Ridhuan. Kisah ini saya catatkan sewaktu pulang dengan datuk daripada menghantar Ridzwan (abang penulis) ke stesyen keretapi dabong. Waktu itu saya sempat berborak panjang dengan datuk.

Saya banyak bertanya berkenaan sewaktu datuk menjadi askar jepun. Waktu itu masyarakat dabong hidup susah. Makanan ada waktu itu Cuma pasang rebus cicah sahaja yang ada. Daripada Dabong datuk berkayuh sampan ke Kuala Krai. Datuk menolong masyarakat dabong membeli barang di Kuala Krai berseorangan.

Datuk meminta semua masyarakat Dabong cari emas. Diceritakan datuk ada 2 orang yang mati sewaktu mencari emas waktu itu. Emas itu dibawa ke Kuala Krai untuk dijual dan digunakan untuk membeli barang-barang makanan.

Datuk masih ingat lagi lagu-lagu jepun yang beliau nyanyikan waktu jadi askar Jepun dulu. Saya minta datuk nyanyikan lagu-lagu itu. Yang mengkagumkan saya, datuk masih ingat lagi lagu-lagu Jepun sewaktu dalam latihan tentera Jepun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WAFA ZINNIRAH

PUTERI SOLEHAH MUJAHIDAH UMMAH

Pendidikan Anak-Anak Mengikut Islam

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

inijalanku.wordpress.com

Baik Kawan Menunjuk Jalan

%d bloggers like this: