Jejak Kasih

Lama tak menulis di blog Tok Asan Uban ni. Walaupun pokwo dah pergi meninggalkan kita hampir 4 tahun lamanya. Namun hati masih teringat-ingat dengan celoteh dan ceritanya.

Alhamdulillah. Berkat doa semua pihak. Akhirnya Allah makbulkan. Cucu Tok Asan Uban berjaya menemukan semula ‘ibu’ dan ‘anak’nya.

Gambar kenangan.

image

Kepulanganmu ditunggu. Semoga keluarga kita tetap akan bersatu!!!

Lawatan Ke Kubur Allahyarham Datukku Tok Asan Uban

20130511_215055

Tanggal 12 Ogos 2011M bersamaan 12 Ramadhan 1432H perginya datukku Che Hasan bin Che Abu bin Raja Salim kepada kepangkuan Allah SWT.

Telah 4 tahun pemergiannya.

Al-Fatihah buat Datukku.

Cadangan Penubuhan Persatuan Keluarga Che Hassan Che Abu

Assalamualaikum.

Dengan ini kami mencadangkan penubuhan Persatuan Keluarga Che Hassan Che Abu.

 

Undang-undang tubuh seperti contoh di bawah :

 

UNDANG-UNDANG KELUARGA

 


 

PERSATUAN KELUARGA CHE HASSAN CHE ABU

 

Fasal 1 NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama:

Persatuan Keluarga Che Hassan Che Abu

Fasal 2 TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah:

Kelantan

Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat:

Kelantan
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 3 BENDERA,LAMBANG DAN LENCANA

Keterangan dan contoh lambang/lencana yang berwarna dilampirkan.
Fasal 4 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan/matlamat penubuhan Pertubuhan ini ialah untuk mengumpul, mengeratkan silaturrahim dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kebaikan dan kebajikan ahli-ahli keluarga.

Fasal 5 KEAHLIAN

  • Keahlian adalah terbuka kepada semua keluarga dari keturunan Che Hassan Che Abu dan suami/isteri ahli-ahli keluarga keturunan tersebut.
  • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang disebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Fasal 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

  • Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
    Bayaran masuk RM 1.00 (Ringgit Satu Sahaja)
  • Tiada yuran bulanan akan dikenakan keatas ahli. Kewangan Pertubuhan akan diperolehi melalui kutipan/sumbangan ikhlas daripada ahli-ahli dan dari aktiviti-aktiviti pertubuhan.
Fasal 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  • Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
  • Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
Fasal 8 MESYUARAT AGUNG

  • Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
  • Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
  • Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
    • menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
    • menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu:
    • memilih ahli-ahli Jawatankuasa untuk dua tahun dan pemeriksa kira-kira untuk satu tahun yang akan datang ; dan
    • menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
  • Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
  • Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan :
    • bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau
    • atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan .
  • Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada suatu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
  • Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
  • Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah di tetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
  • Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
Fasal 9 JAWATANKUASA

  • Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
    • Seorang Yang Dipertua
    • Seorang Naib Yang Dipertua
    • Seorang Setiausaha
    • Seorang Penolong Setiausaha
    • Seorang Bendahari
    • Seorang Penolong Bendahari
    • 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
  • Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
  • Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dua tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
  • Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
  • Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
  • Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
    • Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
    • Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap Cadangan itu; dan
    • Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
  • Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
  • Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
  • Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
  • Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatan-Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
Fasal 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  • Yang Dipertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia adalah salah seorang yang menandatangani cek Pertubuhan.
  • Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.
  • Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia adalah salah seorang yang menandatangani cek Pertubuhan. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaiman yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
  • Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  • Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab diatas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua atau Setiausaha.
  • Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.
  • Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
Fasal 11 KEWANGAN

  • Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
  • Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa.Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama pertubuhan.
  • Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari bersama Yang Dipertua atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan .
  • Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan dari RM1,000.00 (Ringgit Satu Ribu Sahaja) hingga RM20,000.00 (Ringgit Dua Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM20,000.00 (Ringgit Dua Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
  • Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
  • Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
Fasal 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

  • Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.
  • Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
Fasal 13 PENGAMANAH

  • Dua orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan . Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanah kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
  • Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.
  • Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit , tidak siuman , tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.
Fasal 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

  • Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
  • Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad.
Fasal 15 PENAUNG

  • Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu , melantik orang-orang yang layak menjadi Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.
Fasal 16 LARANGAN

  • Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, Banker’s Game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
  • Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
  • Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak , atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
  • “Faedah’’ seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
Fasal 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

  • Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung . Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Fasal 18 PEMBUBARAN

  • Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
  • Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada pendaftar pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
  • Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

 

……………………………………

……………………………………

Yang Dipertua

Setiausaha

 

Berita Kelahiran Cicit Pok Wo

Assalamualaikum semua,

Saya nak mengkhabarkan kelahiran cicit pokwo yang ke berapo doh.

Anak ke tiga kak yah lahir pada 15 September 2013 yang lepas.

Nanti gambar saya upload kemudian.

Nama anak Nur Aliya Alisha bt Yuzi

 

Kerinduan Pada Pok Wo

12 Ramadhan 1433 tahun ini maka genaplah setahun pemergian Pok Wo ke pangkuan Ilahi. Teringat kepada pok wo terasa sayu dan sedih. Banyak yang aku belajar daripada Pok Wo datukku. Semuga ruh Pok Wo di sisi roh orang-orang yang soleh.

Update Terkini

Assalamualaikum semua cucu-cicit Tok Asan Uban.

Apa khabar kalian semua?

Just nak share sedikit perkembangan kampung kat kuala balah.

Minggu lepas aku balik ke Kuala Balah nak tengok Mak (Mak Mah) selepas keluar daripada ward akibat terkena tulang ikan kat jari telunjuk kanan mengakibatkan kesan yang teruk.

Tapi alhamdulillah selepas dikeluarkan haritu dah ok setelah kena follow up kat klinik kuala balah.

Keadaan mek nampak macam keletihan sedikit.

Moksulah dah start buat bisnes jual tudung.

Nampak macam dah semakin maju.

Aku masih tak berkesempatan melawat kubur Pok Wo kat kampung selepas kali terakhir dulu.

Masih rasa terkilan kerana tak dapat siapkan sepenuhnya rumah Mok kat kampung.

Ya Allah permudahkanlah urusanku.

 

 

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Pok Wo

Salam Sejahtera semua.

Hari ini sudah hampir 5 bulan Pok Wo pergi meninggalkan kami semua. Namun kenangan dan cerita-cerita pok wo masih terngiang-ngiang di dalam ingatan kami semua. Maghilah kita sedekahkan al-Fatihah buat Pok Wo. Masih tengiang-ngiang kata-kata nasihat dari pok wo. Ya Allah tempatkanlah Pok Wo di kalangan orang-orang yang beriman.

Kelahiran Cicit PokWo Ke-6

Assalamualaikum,

Masih terasa pemergian Pok Wo. Hari ni hari yang ke-32 pemergian Pok Wo ke hadrat Allah SWT. Yang pergi akan diganti dengan yang hidup. Tanggal 28.Ogos.2011 bersamaan dengan 28.Ramadhan.1432H, lahirlah cicit pokwo melalui cucunya Siti Khairiyah yang diberi nama Muhd.Irfan. Saya sendiri belum melihatnya secara dekat. Apapun tahniah kepada kak Yah dan Abang Yuzi. Semuga cahaya mata yang kedua kalian menjadi pejuang Islam.

Semuga Allah Mencucuri Rahmat Kepada PokWo (1919* – 2011)

Inna lillah wa innalillahi raajiun

Pok Wo yang dikenali sebagai Hasan Uban telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.45 petang 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadhan 1432 di rumah Kuala Balah.

Gambar Cicit Pokwo

P9040054

Terkini Afnan….anak k.yah

P9120012

Terkini Fatih….anak Abe Amin

Pendidikan Anak-Anak Mengikut Islam

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]

inijalanku.wordpress.com

Baik Kawan Menunjuk Jalan